Hadiah kemenangan atlet sukan negara wajar dinaikkan

Hadiah kemenangan atlet sukan negara wajar dinaikkan

AHMAD Zahid Hamidi bersama peserta selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mahu insentif dan ganjaran kemenangan kepada atlet sukan negara yang meraih pingat dalam kejohanan sukan di luar negara dinaikkan sebagai pembakar semangat mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria mengenai perkara itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) berkata, kerajaan mendapati ganjaran yang diberikan ketika ini secara relatifnya sangat kecil.

“Ada negara yang terbelakang dari kita, wang tunai yang mereka tawarkan tinggi sekitar RM150,000 dan kita pula terlalu kecil daripada itu.

“Saya dah bincang dengan Mohamad Norza dan penajaan akan diteruskan untuk meningkatkan ganjaran kepada atlet itu,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini, hari ini.

Katanya, hadiah kemenangan yang tinggi juga boleh meningkatkan semangat atlet untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam sukan yang diwakili.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, program kejurulatihan dan latihan sukan sudah sempurna, namun boleh dipertingkatkan lagi.

Menurutnya, selain mengambil jurulatih daripa luar negara, atlet juga boleh dihantar menimba pengalaman di luar negara bagi mendapatkan iklim sukan yang sebenar.

“Pada masa sama, kita juga harus fokus kepada sukan-sukan yang boleh membawa pingat kepada negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, JKPS yang dipengerusikan Ahmad Zahid mahu Malaysia tidak ketinggalan dan seiring dengan negara yang mempunyai pembangunan sukan maju khususnya dalam sukan banyak menawarkan pingat iaitu sukan tempur, renang dan olahraga.

JKPS juga akan memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat JKPS ialah semakan semula keanggotaan, terma rujukan dan tatakelola JKPS serta prestasi kontinjen negara di Sukan Sea Kemboja dan cadangan pelaksanaan program penyediaan atlet ke arah Sukan Sea 2025 dan Sukan Sea 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya