Gencatan politik tidak perlu

Gencatan politik tidak perlu

DR. SALAWATI MAT BASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya satu gencatan politik diwujudkan dianggap dangkal selain cuma hanya akan mengundang kemudaratan semata-mata.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, perkara itu tidak wajar dilihat sebagai satu jalan penyelesaian apatah lagi fokus seharusnya ditujukan kepada perkara lain yang lebih utama khususnya untuk rakyat.

“Berkenaan dengan gencatan politik yang kononnya demi pengukuhan perpaduan negara, bagi saya susah untuk dilakukan pada ketika ini.

“Ini kerana semua orang ada ego masing-masing. Sama ada dari pihak Perikatan Nasional ( PN) mahu pun Pakatan Harapan ( PH), Barisan Nasional (BN).

“Kalau mereka sedar mengenai kepentingan itu, mereka sendiri akan berdamai dan seeloknya jalinkanlah perdamaian itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Baginda bertitah, fitnah dan menyemaikan rasa benci kini semakin mempengaruhi pemikiran dan pendirian ummah, yang mendorong kepada pertelingkahan, keretakan hubungan dan perpecahan.

Dalam pada itu, jelas Dr Salawati lagi, beliau yakin, tindakan untuk memajukan ekonomi negara dan rakyat perlu menjadi objektif utama pada masa ini.

“Tiga kawasan yang berdepan dengan Pilihan Raya Kecil ( PRK) itu tak perlu menjadi keutamaan sangat pun kerana ia cuma skala kecil. Demi kesejahteraan umum, lebih baik mereka memahami bahawa tindakan untuk memajukan negara itu lebih baik dan perlu berbanding apa yang berlaku pada waktu ini.

“Berbalik kepada gencatan itu, taknperlu dan sepatutnya kita dah memasuki era politik matang negara. Sekarang, pembangkan yang tak dapat jadi kerajaan pun kenalah sama-sama bantu menaikkan negara.

“Kalau mahu merampas pun akan menjatuhkan lagi negara dan memudaratkan. Ambil mana yang mendatangkan kebaikan dan buang yang mana memudaratkan. Bagi saya, lebih baik memikirkan cara untuk majukan negara kerana keadaan kita sekarang sangat teruk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN