Fahmi cuma hendak solat - Amirudin - Utusan Malaysia

Fahmi cuma hendak solat – Amirudin

Fahmi
AMIRUDIN Shari bergambar bersama calon-calon PH-BN pada majlis pelancaran Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pentadbir di masjid dan surau seluruh negeri digesa supaya berhati-hati dan mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak membenarkan tempat ibadah menjadi pentas kempen politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pentadbir atau nazir sepatutnya memahami perkara tersebut dan tidak seharusnya membenarkan pemimpin politik memberi ucapan di dalam masjid dan surau.

“Itu memang tanggungjawab JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan ingatan kepada semua supaya berhati-hati kerana kita ada undang-undang, semua diharapkan tidak melanggar,” katanya dalam sidang akhbar, malam tadi.

Beliau menjelaskan, situasi dihadapi Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil kelmarin di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Menurut Pengerusi PH Selangor itu, Ahmad Fahmi tiada perancangan untuk melawat masjid berkenaan sebaliknya beliau singgah untuk menunaikan Solat Zohor ketika itu.

“Saya sendiri ingatkan kepada masjid bila terima lawatan, namun begitu apa terjadi dalam kes Ahmad Fahmi, beliau tidak ada perancangan melawat ke sana, kebetulan waktu Zohor dan menunaikan solat,” jelasnya.

Terdahulu, JAIS memanggil nazir Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang susulan tular Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berucap di dewan solatnya, kelmarin.

Bagaimanapun, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Sungai Tua itu tidak menolak berlaku kekeliruan dan dilema dalam kalangan pentadbiran masjid ketika menerima kunjungan seorang pemimpin kerajaan.

“Kalau hendak tunaikan solat pun tak boleh, tak bolehlah (begitu). Tetapi kebetulan, nazir menjemput beliau pula berucap, cukup kalau nazir mengumumkan kehadiran menteri atau pemimpin sebagai tanda hormat, itu cukup

“Kadang-kadang ia menjadi perkara yang dilema dan berbelah bahagi kepada pemimpin-pemimpin datang dan pihak tuan rumah menjemput, kalau ditolak nanti dia kata kita sombong,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya