Empat rentung dalam kebakaran kereta di WCE

Empat rentung dalam kebakaran kereta di WCE

KEADAAN kereta yang terbakar menyebabkan empat lelaki rentung di Kilometer 220 WCE arah utara, dekat Ayer Tawar hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Empat lelaki rentung apabila kereta dinaiki lima orang terbakar di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, dekat Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Seorang lelaki berusia 54 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga itu terselamat dalam kejadian tersebut

Mangsa bagaimanapun difahamkan mengalami kecederaan di kepala.

Difahamkan, semua mangsa yang bekerja di Lumut dalam perjalanan pulang ke Ipoh sebelum kejadian itu berlaku kira-kira dua kilometer dari susur keluar plaza tol Changkat Cermin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.11 petang.

“Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dibantu BBP Sitiawan, digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan itu mendapati sebuah kereta Proton Saga sedang terbakar dan empat orang berada dalam kenderaan tersebut manakala seorang terselamat.

Beliau memaklumkan, setakat pukul 6.50 petang ini, dua mangsa yang rentung telah berjaya dikeluarkan manakala usaha mengeluarkan dua lagi mayat sedang dilakukan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya