Dua wanita warga asing diculik selepas keluar berhibur

Dua wanita warga asing diculik selepas keluar berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan dua wanita warga asing mengikuti seorang lelaki tempatan untuk berhibur mengundang padah apabila mereka diculik lelaki berkenaan.

Satu laporan polis telah dibuat rakan serumah mangsa yang bekerja sebagai peniaga pada 11 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku selepas dua rakan pengadu keluar dari rumah mereka di Puchong dengan mengikuti seorang lelaki tempatan untuk menghadiri parti kira-kira pukul 6 petang.

“Beberapa jam kemudian, pengadu menerima mesej gambar dua rakannya itu yang diikat dan mata ditutup melalui aplikasi WeChat.

“Suspek kemudiannya telah menghubungi rakan mangsa sebelim meminta sebanyak RM20,000 sebagai wang tebusan sekiranya mahu dua wanita masing-masing berusia 32 dan 35 tahun itu dilepaskan,” katanya dalam satu kenyatan di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan awal dilakukan mendapati pengadu mengenali suspek semasa berada di sebuah pusat hiburan di kawasan Lembah Klang.

“Malah, suspek juga pernah mengambil nombor telefon pengadu untuk simpanan,” jelasnya.

Susulan itu, pihak polis menahan dua lelaki tempatan yang juga penganggur masing-masing berusia 31 dan 35 tahun di Klang puku1.30 petang.

“Siasatan awal dilakukan mendapati modus operandi suspek adalah meminta wanita warga asing menemaninya berhibur dan dijadikan sebagai tebusan dengan mengikat dan menutup mata mangsa sebelum menghubungi rakan mereka.

“Dalam kes ini, suspek melepaskan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun wang tebusan tidak diperoleh bagi mengelakkan pihak polis menghidu kegiatan itu,” jelasnya.

Katanya, berdasarkan pengakuan awal kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah itu mengaku dalam kes terbabit dan dipercayai melakukan kegiatan seumpama itu beberapa kali.

“Kedua-dua suspek itu juga dikehendaki di daerah lain di Lembah Klang kerana disyaki melakukan kegiayan sama.

“Kedua-dua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 dan Seksuen 385 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, A Anbalagan mengingatkan sekiranya terdapat mangsa mengalami situasi sama supaya tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya