Dua remaja hilang ketika memancing ditemukan lemas

Dua remaja hilang ketika memancing ditemukan lemas

MAYAT kedua-dua mangsa dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada polis di Labuan, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Dua remaja yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Pantai k-Kiamsam ditemukan lemas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Mohd. Hamizi Halim berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 20 tahun itu dilaporkan hilang semasa memancing di perairan berkenaan pada pukul 9.50 pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Yasin Jonhar,20, dan Mohammad Shah,19, yang berbangsa Suluk dipercayai keluar memancing menggunakan sampan pada pukul 6 pagi.

Kemudian laporan polis dibuat apabila usaha mencari mangsa dengan bantuan penduduk kampung tidak berhasil.

“Selepas menerima laporan, pos kawalan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah diaktifkan membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Pasukan SAR kemudian menemukan mayat kedua-dua mangsa pada pukul 5.20 petang tidak jauh daripada kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis serta dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus Wilayah Persekutuan Labuan untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN