Dua ditahan kemuka dokumen palsu dapatkan projek

Dua ditahan kemuka dokumen palsu dapatkan projek bernilai RM1.1 juta

S.KARUNANITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Sabah disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40an dipercayai ditahan kira-kira pukul 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau semalam.

“Suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej rangsangan ekonomi 2020,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Tawau esok (9 Ogos). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN