WASHINGTON: Suspek tembakan yang didakwa menyerbu majlis media dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Hotel Washington Hilton berdepan dua pertuduhan di mahkamah pada Isnin. Memetik sumber penguatkuasaan undang-undang, CBS News melaporkan suspek, Cole Tomas Allen, 31, berbalas tembakan dengan ejen Perkhidmatan Rahsia tetapi tidak mengalami kecederaan, akan dihadapkan ke mahkamah daerah persekutuan di Washington untuk proses pertuduhan awal. Menurut Peguam Negara AS, Jeanine Pirro, suspek akan berdepan pertuduhan…










