Awak-awak maut, seorang cedera parah, cedera bot meletup

Bot meletup : Seorang awak-awak maut, seorang cedera parah, dua cedera ringan

GAMBAR menunjukklan seorang awak-awak maut, manakala seorang cedera parah dan dua lagi cedera ringan ketika ketika sedang menangkap ikan di perairan Pulau Tinggi, Mersing pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang awak-awak maut selepas bot dinaiki meletup ketika sedang menangkap ikan di perairan Pulau Tinggi, Mersing pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian kira-kira 7 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi awak-awak cedera parah manakala dua lagi mangsa alami cedera ringan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima laporan berkaitan satu kejadian letupan sebuah bot nelayan tempatan di perairan Pulau Tinggi, Mersing.

“Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang pukul 7 pagi tadi sewaktu bot yang dikendalikan oleh empat orang awak-awak lelaki warga tempatan sedang menangkap ikan di perairan pulau berkenaan.

“Letupan dipercayai berpunca daripada tong gas pendingin hawa bot yang terletak di bawah ruangan rehat awak-awak bot,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya ketika kejadian, tiga orang awak-awak sedang tidur manakala seorang lagi sedang mengemudi bot.

“Akibat letupan ini, seorang awak-awak berumur 43 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Seorang awak-awak berumur 61 tahun cedera parah di bahagian tangan dan dirawat di Hospital Mersing.

“Sementara itu, dua orang awak-awak yang berumur 33 dan 58 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, letupan hanya di bahagian menempatkan tangki gas pendingin hawa dan tiada kebakaran berlaku.

Jelasnya bot berkenaan juga masih berfungsi dan akan balik dan berlabuh di jeti Endau utk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN