Bertarung pun dengan pempengaruh - Trisha Ooi - Utusan Malaysia

Bertarung pun dengan pempengaruh – Trisha Ooi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Trisha Ooi menyifatkan pembabitan dalam All Star Championship Series 2026 sebagai langkah untuk mengejar impian sebagai petarung handalan.

Malah, pemilik nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi itu berpandangan tidak rugi melibatkan diri kerana tidak bertentangan dengan minatnya dalam sukan lasak.

“Memang dari kecil lagi saya mengamalkan seni mempertahankan diri. Saya masuk bidang ini kerana minat.

“Jadi bila ditawarkan bertarung dengan pempengaruh, kenapa tidak. Saya mengejar impian sebenarnya.

“Memanglah timbul rasa risau terhadap wajah kita kerana ianya modal yang perlu dijaga sebaiknya.

“Tapi, peluang hanya datang sekali. Kita cuba dan tengok sejauh mana boleh pergi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Dubai itu, Trisha menundukkan ‘Srikandi Maut’ kelahiran Indonesia, Dinda.

“Lakonan adalah bidang yang saya minati. Mungkin tahun ini saya ingin memberikan tumpuan kepada aksi lasak pula.

“Saya mahu buktikan kepada orang lain dan diri sendiri yang saya boleh melakukannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN