JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan pertemuan di Bangunan UMNO Johor bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, hari ini. Pertemuan yang diadakan secara tertutup itu difahamkan bagi membincangkan mengenai cadangan calon yang akan diletakkan selain gerak kerja jentera membabitkan kedua-dua parti. Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tiba lebih awal dilihat menyambut…