Api merebak pantas, 92 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Api merebak pantas, 92 penghuni tinggal sehelai sepinggang

KEADAAN dua blok kuaters rumah pekerja yang musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DARO: Dua blok kuaters rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan Batang Muara Lassa, di sini musnah dalam satu insiden kebakaran pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian berlaku sekitar jam 7.15 pagi melibatkan dua blok kediaman mempunyai 16 buah bilik yang didiami seramai 92 orang penghuni.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi.

“Anggota dilapangan telah menggunakan pemadaman menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran bagi mengawal dan memadam api,” katanya.

Bagaimanapun tiada laporan kemalangan atau pun kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.00 pagi itu.

Tambahnya lagi, kebakaran telah disedari oleh penghuni sebelum sempat keluar daripada kediaman terbabit untuk menyelamatkan diri.

“Api yang merebak pantas menyebabkan mangsa kehilangan tempat tinggal dan tidak sempat menyelamat harta benda milik mereka.

“Operasi pemadaman tamat pada jam 9.32 pagi. Bagaimanapun, bomba melakukan pemantauan susulan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api dan mengelak kebakaran berulang,” ujarnya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN