Ahli keluarga tahanan SOSMA diminta tamatkan mogok lapar

Ahli keluarga tahanan SOSMA diminta tamatkan mogok lapar

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli keluarga kepada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diminta menamatkan tindakan mogok lapar yang sedang dilakukan di perkarangan Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Timbalan Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, pada masa ini, cadangan penambahbaikan kepada akta tersebut sedang diteliti bersama pihak Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Justeru, katanya, usaha-usaha meneliti penambahbaikan kepada SOSMA 2012 mengikut kesesuaian semasa sememangnya sedang berjalan.

“Saya yakin bahawa syor-syor berhubung cadangan penambahbaikan ini akan diangkat untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, saya memohon kepada kesemua ahli keluarga tahanan di bawah SOSMA 2012 yang sedang melakukan tindakan mogok lapar ini untuk terus bersabar dan menamatkan tindakan mogok lapar tersebut sementara proses reformasi undang-undang berjalan.

“(langkah ini juga) demi kanak-kanak kecil yang kelihatan hadir bersama di luar perkarangan Penjara Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media keluarga kepada 69 tahanan SOSMA melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh bermula semalam.

Seramai 34 banduan SOSMA di Sungai Buloh memulakan mogok lapar pada 30 Julai dan diikuti ahli keluarga tahanan sehari selepas itu.

Ramkarpal berkata, dalam melaksanakan proses reformasi undang-undang ini, sesi-sesi libat urus yang dipengerusikan beliau sejak Februari lalu diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk beberapa ahli keluarga tahanan akta itu yang sedang melakukan tindakan mogok lapar pada masa ini.

Jelasnya, sebanyak 12 sesi libat urus melalui enam fasa yang merangkumi semua pihak berkepentingan diadakan sehingga hari ini di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan perspektif holistik memandangkan undang-undang ini membawa kesan kepada semua pihak berkepentingan terlibat.

Ini terutamanya untuk memahami bagaimana SOSMA 2012 memberikan kesan kepada kehidupan seharian ahli-ahli keluarga tahanan di bawah undang-undang tersebut.

“Cadangan penambahbaikan kepada SOSMA 2012 yang diteliti pada masa ini sedang mengambil kira hasil daripada dapatan kesemua sesi libat urus di atas bagi memastikan penambaikkan yang dicadangkan adalah sesuai dengan keadaan semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya