AGC tidak wajar rayu keputusan mahkamah - Muhyiddin - Utusan Malaysia

AGC tidak wajar rayu keputusan mahkamah – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak sewajarnya membuat keputusan untuk merayu, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, ini berikutan pertuduhan yang dikenakan tidak mempunyai asas untuk dirayu.

“Selesai sahaja keputusan mahkamah dibuat…dakwat tandatangan (hakim) belum basah, AGC buat keputusan untuk rayu terhadap kes yang telah diputuskan.

“Apa yang telah diputuskan oleh hakim yang membicarakan kes saya bahawa sebenarnya tidak ada sesuatu asas jukuh untuk mereka merayu.

“Ya memang diperuntukan (rayuan) daripada Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, itu proses (tetapi) sewajarnya tidak dirayu kerana tidak ada asas daripada penghakiman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kenduri Kesyukuran PN di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di sini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau bagaimanapun akan tetap melawan sehingga ke peringkat akhir.

“Tetapi tidak mengapa, ini soal sistem perundangan dalam negara kita.

“Kita akan lawan dan mesti ada keputusan adil dan saksama dan tidak dipengaruhi politik kotor hanya nak mendera atau mengambil tindakan untuk memuaskan nafsu politik semata-semata, itu bukan satu oerkara baik dilakukan mana-mana pemimpin,”katanya.

Sebelum ini, Utusan Online melaporkan, AGC akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta.

Langkah itu susulan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada keempat-empat pertuduhan salah guna kuasa selepas membatalkan pertuduhan itu.

Beliau berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur kerana tidak mendedahkan butiran kesalahan iaitu suapan bagi sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya