PERSATUAN Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) menganjurkan Hari Puisi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 di Dewan Perpustakaan Desa Mengkuang Titi, Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.
Ketua persatuan itu, Datuk Anuar Ahmad berkata, hampir 100 orang menyertainya, termasuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkuang dan SMK Penanti.
Seorang penceramah iaitu, bekas pensyarah Institut Perguruan Guru (IPG) Pulau Pinang, Abd Aziz Ishak turut mengulas buku, Kerana Manusia Bukan Kertas karya Ibnu Din Assingkiri dan Rintisan Catatan Peribumi karya Zurhan Bakar, kedua-duanya adalah ahli 2PNP.
“Melalui program begini ia boleh mengeratkan hubungan baik di antara ahli persatuan, kakitangan perpustakaan awam, pesara kerajaan, pelajar sekolah menengah serta komuniti tempatan,” katanya.-UTUSAN










