MARAN: Kesan fenomena El Nino yang melanda negara sejak tiga bulan lalu menyebabkan Sungai Pahang di beberapa kampung tradisional di Chenor di sini berubah menjadi kering. Ketua Kampung Pesagi, Abd. Rahim Yaakob, 70, berkata, Sungai Pahang dari Kampung Sanding ke Kampung Chedung dan Kampung Pesagi sejauh hampir empat kilometer berubah wajah menjadi daratan berpasir. Menurutnya, paling terkesan dengan fenomena luar biasa itu lebih 20 pengusaha ikan sangkar apabila banyak ikan…










