101 graduan cemerlang terima RM1,000 dari YBR - Utusan Malaysia

101 graduan cemerlang terima RM1,000 dari YBR

PHILIP Benedict Lasimbang sijil (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 Yayasan Bank Rakyat. - IHSAN YBR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 101 graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini menerima ganjaran wang tunai bernilai RM1,000 selepas berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan PNGK 3.50 ke atas bermula Julai 2022.

Inisiatif keseluruhan bernilai RM101,000 itu disalurkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bersama sijil penghargaan dalam satu Majlis Kecemerlangan Akademik semalam.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, ganjaran itu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan sepanjang tempoh pengajian mereka.

“Anugerah Kecemerlangan Akademik yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 ini merupakan salah satu usaha YBR bagi menghargai dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai keputusan akademik yang terbaik serta menyokong agenda pendidikan negara dalam melahirkan modal insan mahir.

“Seramai 89 graduan dari peringkat Ijazah Sarjana Muda manakala 12 graduan dari peringkat Ijazah Sarjana telah tersenarai menerima anugerah ini yang diharap dapat memberi dorongan serta memotivasikan graduan untuk lebih berjaya serta berbakti kepada bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Philip, YBR juga menyediakan pelbagai peruntukan bagi pembangunan modal insan termasuk mengubah Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada Biasiswa buat pelajar tajaan yang mendapatkan keputusan cemerlang.

Dalam majllis yang sama, YBR turut menyerahkan 25 komputer riba fizikal kepada 25 pelajar yang cemerlang matrikulasi tajaan YBR dikalangan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian IPT.

Kata kenyataannya, inisiatif itu merupakan satu jalinan usaha bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) bagi memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar cemerlang matrikulasi yang kurang berkemampuan untuk belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

“YBR telah memperuntukan 25 pelajar cemerlang matrikulasi yang terpilih setiap tahun bagi menerima biasiswa YBR bagi program biasiswa YBR-BMKPM untuk selama empat tahun meliputi elaun sara diri, elaun buku, pemberian komputer riba serta peruntukan Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebagai persediaan untuk memulakan semester,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya