3,605 pelajar terima manfaat Yayasan Bank Rakyat - Utusan Malaysia

3,605 pelajar terima manfaat Yayasan Bank Rakyat

UUM menerima replika cek bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 3,605 pelajar seluruh negara telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan membabitkan peruntukan RM2.33 juta.

Justeru itu, bantuan sama juga disalurkan kepada pelajar B40 Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai inisiatif pertama bagi 2024 dengan membabitkan peruntukkan RM100,000 dalam usaha membantu pelajar kurang kemampuan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, pihaknya sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata.

“Semoga pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan motivasi mereka untuk kekal cemerlang.

“Diharapkan melalui bantuan ini menjadikan azam tahun baru pelajar semakin membara dan sedikit sebanyak pelajar dapat menggunakan bantuan tersebut bagi pembelian kelengkapan alatan pembelajaran yang masih belum mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Syaiful Rizal, YBR akan kekal meneruskan komitmen bagi membangunkan komuniti berpendidikan selaras dengan mandat dan halatuju untuk menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing

Dalam sesi yang berlainan, bantuan sama juga akan seterusnya dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Bantuan itu melibatkan pelajar semester satu hingga tiga di peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dalam kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka dikenalpasti Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dan UniMAP. – UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.