10 termasuk juruterbang, tetamu kenamaan dikhuatiri maut akibat

10 termasuk juruterbang, tetamu kenamaan dikhuatiri maut akibat pesawat ringan terhempas

KEADAAN pesawat yang terhempas di kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, Sham Alam di sini, tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepuluh individu termasuk seorang tetamu kenamaan dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Mereka mangsa terlibat terdiri lapan individu menaiki pesawat ringan berkenaan selain dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal dan kereta.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Shoki Hamzah berkata, masing-masing seorang penunggang motosikal dan pemandu kenderaan maut selepas dirempuh pesawat ringan berkenaan.

“Operasi masih berjalan dan identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan,” katanya secara ringkas.

Sementara itu, satu sumber lain memberitahu, pesawat itu dipercayai Fouga CM-170 Magister dinaiki lapan individu yang mana salah seorangnya dipercayai orang kenamaan (VIP).

Pesawat ringan berkenaan dipercayai telah berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan insiden pesawat ringan yang dipercayai terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie, di sini, tadi.

Difahamkan model pesawat itu dipercayai Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, maklumat awal pihaknya mendapati pesawat ringan itu dinaiki enam penumpang serta dua juruterbang dari Pulau Langkawi menghala ke Subang.

“Pesawat itu berlepas pada pukul 2 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Subang.

“Buat masa ini kesemua individu dalam pesawat itu dikhuatiri maut. Kita sedang mengenal pasti kesemua identiti mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya percaya sekurang-kurangnya seorang penunggang motosikal yang melalui lokasi kejadian dipercayai maut akibat kejadian itu.

“Bagaimanapun, kita sedang menyiasat jumlah sebenar kesemua mangsa terlibat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya