Wanita Malaysia terima anugerah Royal Crown Diamond

Wanita Malaysia terima anugerah Royal Crown Diamond

NORHIDAWATI Abdul Aziz (dua dari kanan) menerima anugerah Royal Crown Diamond daripada syarikat peneraju minyak pati aroma terapi dan penyelesaian kesejahteraan antarabangsa berpengakalan di Utah, AS, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama Malaysia sekali lagi berjaya ke pentas dunia apabila usahawan wanita, Norhidawati Abdul Aziz menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Royal Crown Diamond.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Wati, beliau turut melakar sejarah apabila muncul wanita Muslim pertama di dunia yang menerima anugerah tertinggi daripada syarikat peneraju minyak pati aroma terapi dan penyelesaian kesejahteraan antarabangsa berpengakalan di Utah, Amerika Syarikat (AS).

Penganugerahan itu diperoleh selepas berjaya membuktikan kemampuan beliau dan ahli kumpulannya memperoleh pendapatan tertinggi mencecah RM35 juta sebulan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bersyukur dengan penganugerahan ini dan tidak menyangka akan menjadi wanita Muslim pertama di dunia yang dinobatkan anugerah tertinggi di sebuah syarikat antabangsa.

“Kejayaan ini tidak akan datang bergolek kerana setiap impian dan kejayaan adalah hasil kerja keras dan konsisten terhadap apa yang kita lakukan setiap hari,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dia yang juga Pengarah Urusan Oilylicious Healthcare Sdn. Bhd. juga membuktikan kemampuannya yang luar biasa apabila syarikatnya menjadi penyumbang utama jualan keseluruhan negara ini iaitu sebanyak 70 peratus.

Norhidawati, 43, sebelum ini merupakan pengasas pusat pendidikan awal kanak-kanak di Puchong Selangor dan menyertai syarikat minyak pati yang berpangkalan di AS itu pada 2014.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan yang diperoleh merupakan hasil titik peluh dan pencarian ilmu pengetahuan secara berterusan.

“Apabila menceburi perniagaan, penting untuk kita meningkatkan ilmu pengetahuan tentang produk yang ditawarkan, konsisten dan fokus dengan apa yang dilakukan sepanjang mengembangkan perniagaan dan lakukan kerja dengan penuh semangat serta keterujaan setiap hari apatah lagi apabila bertemu orang ramai ketika memperkenalkan produk syarikat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN