Usahawan veteran ATM akan dipastikan tidak tercicir - Utusan Malaysia

Usahawan veteran ATM akan dipastikan tidak tercicir

ADLY Zahari (tiga dari kiri) ketika menghadiri Program Veteran ATM peringkat negeri Pulau Pinang di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Kementerian Pertahanan akan melihat secara lebih menyeluruh aspek pembangunan usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan tidak ada mana-mana usahawan kecil daripada kalangan golongan itu ‘terpinggir’.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, ia antara fokus yang digariskan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing daripada kalangan veteran ATM selepas ini.

“Kita tak nafikan ada veteran (ATM) sama ada yang berpencen atau tidak berpencen boleh pergi sehingga ke peringkat antarabangsa (dalam bidang keusahawanan) dan di Mindef (Kementerian Pertahanan) itu sendiri, yang menguruskan penyelenggaraan pesawat dan sebagainya juga terdiri daripada kalangan anggota veteran.

“Tapi, dalam hal ini, kita harus lihat dalam kalangan majoriti kerana veteran ATM ini ramai yang menjadi usahawan kecil,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Program Peduli Veteran ATM peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini, yang turut dihadiri sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Sophian Isswandy Ismail.

Sempena program itu, beliau turut meluangkan masa melawat serta menyantuni tiga anggota veteran ATM di negeri ini termasuk dua yang dikategorikan sebagai veteran asnaf dan menyampaikan sumbangan berupa 500 buah Bakul Rahmah kepada anggota veteran lain.

Selain Pulau Pinang, Program Peduli Veteran ATM yang diadakan secara siri jelajah itu turut diadakan di beberapa lain termasuk Kedah, Perak, Perlis, Johor dan Melaka setakat ini.

Dalam pada itu, Adly berkata, pihaknya akan terus komited dalam memastikan jumlah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada kalangan veteran ATM dinaikkan daripada 9,000 kepada 15,000 penerima dengan peruntukan berjumlah RM54 juta mulai tahun ini menjadi kenyataan.

“Dari semasa ke semasa kita akan sentiasa membuat penilaian ini dan tambah (baik) supaya lebih ramai anggota (veteran ATM) akan menerima manfaatnya,” katanya yang memberitahu, kadar bantuan sebanyak RM300 itu juga akan dinilai selepas ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya