Tuntutan palsu RM550,000: 6 termasuk 5 pegawai agensi keselamatan ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Tuntutan palsu RM550,000: 6 termasuk 5 pegawai agensi keselamatan ditahan SPRM

SUSPEK direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tuntutan palsu dan rasuah melibatkan pembekalan peralatan senjata. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengurus syarikat dan lima pegawai yang berkhidmat di agensi keselamatan negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dengan tuntutan palsu dan rasuah melibatkan pembekalan peralatan senjata berjumlah lebih RM550,000.

Ke semua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 10 malam tadi di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Satu sumber mendedahkan, suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu yang dilakukan pada tahun lalu sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dibekalkan.

“Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Ogos telah dikeluarkan oleh Majistret Wong Chai Sia terhadap lima suspek selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

“Seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM akibat masalah kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN