Tiada 'abang besar' dalam PN - Pesuruhjaya Pas Perak

Tiada ‘abang besar’ dalam PN – Pesuruhjaya Pas Perak

PN
RAZMAN Zakaria (tengah) bersama penerima bantuan kotak makanan di Pusat Khidmat beliau sebagai ADUN Semanggol di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tiada istilah ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN) di sebalik dakwaan parti lain dalam gabungan itu hanya menumpang kekuatan jentera Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, dakwaan sedemikian hanya modal politik murahan yang dimainkan pihak lawan namun ia tidak menjejaskan perpaduan dan sokongan terhadap PN.

Menurutnya, perkara itu sengaja dimainkan menjelang PRN di enam buah negeri.

“Dalam PN tidak ada istilah ‘big brother’ atau ‘abang besar’ kerana ketiga-tiga parti komponen sama ada Pas, Bersatu dan Gerakan sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain.

“Jadi cakap-cakap kononnya Bersatu hanya menumpang kekuatan jentera kempen pilihan raya Pas hanyalah bertujuan untuk memecahkan kekuatan dan perpaduan di antara parti dalam PN,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada penyampaian bantuan kotak makanan kepada 85 penerima dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol di Pusat Khidmat DUN beliau di sini hari ini.

Mengenai PRN, Razman berkata, jentera pilihan raya Pas Bagan Serai akan membantu calon PN di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurutnya, jentera Pas dari Perak sudah sedia untuk membantu calon PN di kawasan yang ditetapkan pada PRN nanti.

“Jentera yang dihantar untuk membantu di kawasan yang telah ditetapkan mengikut tugas bahagian masing-masing.

“Jentera Pas ke sana bukan untuk melancong atau makan angin tetapi membantu mengikut keupayaan masing-masing dan pada posisi yang diperlukan untuk memastikan segala gerak kerja yang dilakukan dapat menyumbang kemenangan,” katanya.

Sebelum ini, jentera Pas Perak dilaporkan akan membantu PN di tiga buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya