Takutlah Allah - Pesan Shuhada kepada penyondol rumah tangga - Utusan Malaysia

Takutlah Allah – Pesan Shuhada kepada penyondol rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sinis menasihatkan golongan penyondol supaya takut dengan balasan yang bakal menimpa apabila berjaya meruntuhkan sesebuah rumah tangga.

Katanya, sesiapa yang berniat mencipta kebahagiaan di atas keruntuhan dan penderitaan orang lain seharusnya takut dengan Tuhan yang Maha Adil.

“Untuk sesiapa yang bercita-cita nak bina bahagia atas penderitaan orang lain (atas alasan) saling mencintailah, nak berjuang demi cintalah, nasihat sahaja takutlah Allah.

“Tahu kan, Allah akan membolak-balikkan hati? Semua hak Allah,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, walaupun sudah bertukar status ibu tunggal, Nurul Shuhada, 29 enggan patah semangat dan berusaha demi menyara kehidupannya dan anak-anak.

“Saya akan sambung belajar. Saya sebak sebab Allah sudah angkat beban dalam hati saya.

“Saya nak beri semangat kepada para wanita di luar sana yang mungkin melalui fasa yang sukar dalam hidup untuk sabar.

“Saya tahu perasaan itu sakit dan perit sangat, tapi Allah ada. Dia tidak akan beri beban melebihi kemampuan. Allah akan ganti, InsyaAllah,” katanya dalam linangan air mata

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya.

Shuhada turut mendedahkan ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk terjun ke dalam dunia seni.

Namun begitu, Shuhada menolak baik tawaran tersebut kerana merasakan bidang seni tidak serasi dengan jiwanya.

“Sebenarnya memang dah dapat tawaran berlakon. Cuma ia bukan jiwa saya.

“Terima kasih kepada yang tawarkan, saya tahu mereka mahu bantu saya teruskan kehidupan,” tambahnya.

Mahkamah mensabitkan pelakon Hafidz Roshdi, 29, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Dalam perbicaraan pengesahan lafaz cerai tersebut Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abd Kadir, manakala Nurul Shuhada diwakili peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf di hadapan Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin hari ini.

Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN