TENNESSEE: Hakim sebuah mahkamah dekat sini menetapkan 11 Mac 2023 sebagai tarikh perbicaraan dua suspek bagi kes pembunuhan penyanyi rap, Young Dolph pada November, 2021.
Hakim, Lee Coffe mengesahkan perkara itu menerusi laporan dikeluarkan Abc News, baru-baru ini.
Suspek, Justin Johnson dan Cornelius sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menembak mati penyanyi rap berusia 36 tahun itu di Memphis, dua tahun lalu.
Dua lelaki, selain Johnson dan Cornelius turut didakwa dalam kes tersebut.
Dolph atau nama sebenarnya Adolph Robert Thornton Jr. memulakan kerjaya seninya pada 2008.
Mendiang, sepanjang penglibatan sebagai penyanyi rap dan komposer, telah menerbitkan lapan album, 15 single dan sebuah album kompilasi.
Beliau meninggalkan dua cahaya mata, Tre Tre Thornton dan Aria Ella Thornton hasil perkongsian hidup bersama teman wanitanya, Mia Jaye.