SHAH ALAM: Penyokong Barisan Nasional (BN) diharapkan keluar mengundi dan menyokong calon gabungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) di bawah semangat Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula dengan sesi penamaan calon hari ini. Menurut calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, kerjasama tersebut akan memberi manfaat kepada gabungan tersebut secara menyeluruh. “Saya menyeru penyokong BN untuk menyokong calon gabungan PH-BN begitu juga…










