Rumah tiga bilik dihuni 15 orang - Utusan Malaysia

Rumah tiga bilik dihuni 15 orang

RAHIMAH A. Razak (berkerusi roda) dibantu Shuhaida untuk semua urusan kebajikan di rumah ibu bapa mereka di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Ekoran kesempitan hidup, penghidap kencing manis dan buah pinggang kronik, Rahimah A. Razak, 50, dan suaminya, Mohd. Amin Yahya, 64, hanya mampu menum­pang di rumah keluarga di Felda Kota Gelanggi Dua, di sini.

Rumah tiga bilik tersebut dihuni tiga keluarga membabitkan 15 orang yang berusia antara tiga hingga 72 tahun termasuk ibu Rahimah, Patimah Nafiah, 72.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Amin yang melakukan pelbagai kerja berkata, hidup mereka terlalu susah sehingga terpaksa menumpang di rumah ibu Rahimah bersama adik-beradik isterinya.

“Pendapatan saya hasil tangkapan ikan sungai hanya antara RM20 hingga RM30 sehari. Kadangkala gagal memperoleh hasil dan untuk memperoleh pendapatan tambahan, saya bekerja di pusat sembelihan di Gombak Agro, Sungai Mulia, Selangor sehingga selepas Aidiladha lalu.

“Saya amat berharap bantuan kerajaan membina sebuah rumah memandangkan tidak mampu kerana semua perbelanjaan cuma untuk menampung kos isteri menjalani dialisis. Kami kerap berulang-alik ke hospital untuk rawatan penyakit lain,” katanya di sini semalam.

Jelas Mohd. Amin, sejak berkahwin dengan isterinya, mereka tinggal bersama ibu bapa serta adik-beradik lain yang sudah berkeluarga ke­rana tidak mampu memiliki rumah sendiri lantaran sebelum ini isteri berniaga nasi lemak, manakala dia sendiri menangkap ikan di kawasan sungai Felda itu memperoleh pendapatan yang tidak seberapa.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hubungi ahli keluarga Rahimah iaitu Fatimah, 013-9672731 atau terus ke akaun Fatimah bernombor 06055020337470 (Bank Islam). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN