PRN: BN umum calon 21 Julai

PRN: BN umum calon 21 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang bertanding dala pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 21 Julai ini.

Ini bermakna, senarai calon sudah dimuktamadkan apabila pengumuman itu dibuat minggu depan iaitu seminggu sebelum hari penamaan calon PRN pada 29 Julai ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.

“Untuk BN, kita akan umumkan pada 21 Julai malam untuk semua negeri,” katanya.

Pengesahan itu dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti-parti Kerajaan Perpaduan selesai membahagikan semua kerusi di enam negeri.

BN dijangka bertanding 45 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau lebih 100 kerusi daripada 245 kawasan di enam negeri.

Baki 55 peratus lagi kerusi DUN ditandingi Pakatan Harapan (PH) dengan kerusi itu dibahagikan berdasarkan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Minggu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa hari mengundi bagi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan diadakan secara serentak pada 12 Ogos, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai manakala hari mengundi awal pada 8 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN