Polis kesan suspek disyaki menyeksa anjing sehingga mati - Utusan Malaysia

Polis kesan suspek disyaki menyeksa anjing sehingga mati

TANGKAP layar video yang tular di media sosial yang memaparkan dua lelaki bertindak memukul anjing menggunakan batang kayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis sedang mengesan suspek lelaki tempatan yang dipercayai menyeksa seekor anjing sehingga mati di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya mengesan satu artikel serta video tular di media sosial yang mempamerkan adegan dua lelaki sedang menyerang sesuatu (anjing) menggunakan kayu di kawasan semak.

”Pengadu membuat laporan polis dan siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku kelmarin di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, kira-kira pukul 8.38 malam.

”Menurut saksi kejadian, dia melihat dua suspek lelaki tempatan yang tidak dikenali disyaki tinggal berdekatan tempat kejadian sedang menyerang seekor anjing yang terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menerusi video yang tular di media sosial itu, ia memaparkan dua lelaki terbabit bertindak memukul anjing tersebut menggunakan batang kayu.

Menerusi laporan media sosial tersebut, difahamkan anjing itu dilanggar motosikal berkenaan ketika melalui jalan di kawasan tersebut yang agak gelap dan suram.

Menurut Kamarul Rizal, saksi kejadian terus bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit miliknya dan menghantar rakaman itu kepada rakannya yang tinggal di Petaling Jaya sebelum ditularkan melalui akaun Twitter.

”Usaha untuk mengesan suspek terlibat masih diteruskan dan polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Tambah beliau, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan munasabah.

”Pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan lagi video berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya