PETALING JAYA: Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan undang-undang untuk mengheret organisasi komersial jika kakitangan terlibat rasuah perlu diperluaskan kepada penjawat awam sekiranya kerajaan serius melakukan reformasi undang-undang negara ini. Buat masa ini, undang-undang itu hanya terpakai kepada organisasi korporat yang menyaksikan sesebuah syarikat boleh didakwa dan dihukum sekiranya membenarkan kakitangan melakukan rasuah untuk memperoleh projek atau mendapat apa-apa faedah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pemerhati…