DALAM kehidupan seharian, tidak semua orang yang terhimpit kelihatan miskin. Ada yang mempunyai pekerjaan tetap, tinggal di rumah sewa, menghantar anak ke sekolah, membayar ansuran kenderaan dan masih mampu membeli keperluan asas. Namun, di sebalik kehidupan yang kelihatan biasa itu, ramai sebenarnya sedang bergelut untuk memastikan pendapatan bulanan cukup sehingga hujung bulan. Mereka bukan miskin secara mutlak, tetapi semakin tertinggal daripada arus kehidupan yang semakin mahal. Inilah wajah baharu kemiskinan…










