Penghantar makanan carum 30% dalam KWSP setiap sebulan

Penghantar makanan carum 30% dalam KWSP setiap sebulan

PENGHANTAR makanan perlu bijak mengurus kewangan supaya masih mampu mencarum dalam KWSP GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun pendapatan bulanan tidak tetap, seorang pekerja p-hailing penghantaran makanan menggunakan 30 peratus pendapatannya untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan di bank.

Menurut Muhamad Zahirul Azlan, 26, dia yang bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa di sekitar Negeri Sembilan mampu menyimpan sekurang-kurangnya RM50 seminggu atau kira-kira RM200 sebulan dalam skim i-Saraan KWSP dan di bank.

“Walaupun sikit saya tetap mencarum dalam akaun i-Saraan. Caruman KWSP secara mingguan walaupun sedikit tetapi saya bersyukur sebab ada tempat untuk saya menyimpan duit penat lelah saya sebagai tabungan masa hadapan,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, beliau memi­lih menyimpan di KWSP kerana dividen tahunan yang sentiasa tinggi berbanding pulangan jika menyimpan di bank-bank.

Utusan Malaysia melapor­kan, dianggarkan 97 peratus atau kira-kira 1.08 juta daripada 1.2 juta pekerja ekonomi gig tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun kerajaan memperkenalkan Insentif Persaraan menerusi skim i-Saraan.

Ini bermakna hampir semua pekerja ekonomi gig dengan 80 peratus membabitkan anak muda berisiko tiada simpanan minimum RM240,000 bagi menampung perbelanjaan selepas mereka mencapai usia 55 tahun.

Mengenai kerjanya, Zahirul berkata, sebagai penghantar makanan dia yang bekerja 10 hingga 12 jam sehari meraih pendapatan RM3,000 sebulan dan mencukupi sehingga dia boleh mencarum dalam KWSP serta menyimpan di bank.

“Saya gunakan 70 peratus pendapatan bulanan untuk kegunaan belanja harian isi rumah termasuk sewa rumah, bayar kereta dan motosikal.

“Isteri saya masak di rumah, jadi belanja untuk makan tengah hari dan malam saya boleh kurangkan memandangkan ekonomi dan kos sara hidup sekarang makin tinggi dan ada keperluan lain yang perlu gunakan duit,”  -katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN