Penempatan pasukan dron tingkat kawalan keselamatan ESSZone

Penempatan pasukan dron tingkat kawalan keselamatan ESSZone

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penempatan pasukan dron di Lahad Datu akan membantu memantapkan lagi pengoperasian pasukan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pasukan itu akan diletakkan di bawah Pasukan Polis Marin (PPM).

Beliau berkata, dengan adanya penggunaan dron ia akan memudahkan pasukan tindak balas pantas bergerak dengan dikordinasikan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pegawai yang berkelayakan dan mendapat pengiktirafan sebagai tenaga pengajar di peringat dunia.

Maka, ia membolehkan pasukan dron dilatih dan akan diletakkan di bawah PPM yang akan sama-sama membantu pasukan ESSCOM mengawal keselamatan di perairan pantai timur Sabah.

“Kawalan keselamatan di sempadan memerlukan kita menggunakan kecerdasan buatan (AI) tidak kira sama ada radar, dron atau pesawat udara tanpa pemandu (UAV). Jadi, kita memang memerlukan UAV untuk kita mengesan jika ada kemasukan yang mencurigakan agar pasukan tindak balas pantas boleh betindak dengan cepat.

“Maka, pada peringkat awal ini, kita hanya akan menempatkan satu pasukan dron yang berpangkalan di Lahad Datu,” katanya ketika dtiemui majlis malam penghargaan media ESSCOM semalam.

Namun, setakat ini belum ada rancangan untuk menempatkan UAV di Sabah tapi, di Semenanjung ia telah digunakan bagi memantau keselamatan di sempadan.

Mengulas mengenai pemantauan pilihan raya di enam negeri di Semenanjung, Hazani berkata, lebih 30,000 orang pegawai dan anggota akan bertugas bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Beliau berkata, sebelum ini Ketua Polis Negara menyatakan untuk menguna pakai kekuatan anggota dalaman terlebih dahulu dan barulah dibantu oleh pasukan dari Bukit Aman dan elemen lain seperti Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) sekiranya perlu.

Katanya, beliau yakin pengundi dan penyokong Malaysia cukup bijak untuk mengikut peraturan ditetapkan kerajaan dengan tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN