Pejabat JAKOA Gombak musnah terbakar

Pejabat JAKOA Gombak musnah terbakar

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) Daerah Gombak dan Petaling di Kampung Sungai Chinchin, dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pengarah Wan Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.35 petang ini.

“Seramai 21 anggota bersama empat jentera dari BBP Selayang, Gombak dan Wangsa Maju ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah kontena yang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran itu dikawal pada 2.08 petang.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN