JOHOR BAHRU: Niat murni seorang pemuda meminjam wang sebanyak S$10,000 dolar (RM34,309) bagi tujuan perubatan ibu bapanya bertukar padah apabila menjadi mangsa penipuan sindiket ceti haram atau ah long yang menyamar sebagai perunding kewangan. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Raymond, 34, menemukan akaun perkhidmatan perunding kewangan itu dalam laman sosial Facebook di Singapura pada 5 Julai lalu sebelum mendapatkan nasihat berkaitan kewangan. “Sebenarnya saya bercadang meminjam wang sebanyak S$10,000 untuk kegunaan keluarga termasuk tujuan perubatan ibu bapa. Saya mengisi butiran peribadi dalam satu pautan yang dikongsikan laman sosial berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya