‘Memang saya tak mau jawab, dia sapa’ ?- MB Perlis - Utusan Malaysia

‘Memang saya tak mau jawab, dia sapa’ ?- MB Perlis

MOHD. Shukri Ramli ketika berucap pada program munajat perdana dan himpunan jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Perlis bersama solidariti untuk Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kompleks Pas negeri di Kangar, Perlis malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang gesaan disuarakan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri berhubung pelaburan RM2.5 bilion yang dibawa masuk ke negeri ini.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya tidak perlu menjawab gesaan disuarakan oleh pihak terlibat yang cuba membangkitkan polemik berhubung perkara itu.

Menurut beliau, jumlah nilai yang dinyatakan beliau sebelum ini adalah merangkumi pelaburan baharu dan lama yang diteruskan demi kebaikan rakyat Perlis.

“Ada juga media minta saya ulas mengenai pelaburan RM2.5 bilion itu selepas pihak terlibat membuat gesaan untuk saya perincikan (jumlah pelaburan masuk) tapi saya kata saya tak mau jawab.

“Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) memang ada maklumat itu dan mereka maklum pada saya maka saya umumkan. Kalau nak tahu cari sendiri lah (perincian pelaburan).

“Dia sapa (untuk saya jawab), saya tak kenal pun,” katanya ketika berucap pada program munajat perdana dan himpunan jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) Perlis bersama solidariti untuk Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kompleks Pas negeri di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan gesaan Badan Perhubungan UMNO Perlis agar kerajaan negeri memperincikan senarai dan nilai pelaburan baharu membabitkan RM2.5 bilion yang didakwa telah berjaya dibawa masuk ke negeri ini hanya dalam tempoh tujuh bulan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd Rahman dilaporkan berkata, pendedahan perincian pelaburan baharu yang dibawa masuk itu akan menjadikan rakyat lebih cakna dengan pertumbuhan ekonomi dan bakal memberi impak kepada penduduk di Perlis.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, kerajaan PN tetap meneruskan pelaburan-pelaburan lama diusahakan kerajaan negeri terdahulu yang dapat memberi manfaat seperti menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat khususnya di Perlis.

“Benda lama kalau elok kita teruskan, takkan kalau kerajaan sebelum ini dah siap buat kajian tertentu semua dan berhabis banyak duit tapi bila tiba-tiba kita pula perintah (negeri), kita nak hentikan.

“Kita tak mahu buat macam itu sebab kalau benda elok kita mesti laksanakan demi kepentingan rakyat.

“Ibaratnya macam kalau main bola sepak, permainan itu elok macam mana pun tapi bila pihak lain yang tolong jaringkan gol maka orang akan memuji mereka yang bagi kemenangan itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya