PETALING JAYA: Majlis Apresiasi Penyelidikan dan Inovasi 2023 (MAPI2023) buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf, meraikan serta menghargai 311 orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang cemerlang sebagai penerima anugerah. Acara penghargaan itu merupakan program julung kali diadakan oleh universiti itu dan akan diadakan secara dwi tahunan bermula 2023. UMT melalui jabatan seliaanya iaitu Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) mensasarkan peluang penyelidikan bagi mencari potensi khusus…