Kurang promosi punca filem tidak dapat sambutan - Utusan Malaysia

Kurang promosi punca filem tidak dapat sambutan

FAHMI Fadzil (dua dari kanan) ketika melawat bekas wartawan sambilan akhbar Cina, Ng Kan Seng di Kampar. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Syarikat penerbitan filem perlu memberi tumpuan dari segi pemasaran dan tidak hanya hanya bergantung kepada Skim Wajib Tayang semata-mata bagi mengelak filem kurang mendapat sambutan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kelemahan dari segi pemasaran menjadi punca filem yang diterbitkan tidak mendapat sambutan ramai.

“Kalau tidak ada promosi, maka orang tidak akan tahu, banyak daripada filem yang kita lihat berjaya itu kadar promosinya tinggi dan meluas.

“Dana yang disediakan oleh pihak Finas adalah untuk pembikinan filem dan kelemahan utama dilihat adalah dari segi proses pemasaran.

“Dana memang ada untuk pemasaran tapi mungkin bagaimana cara ia dimanfaatkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika melawat bekas wartawan sambilan akhbar Cina, Ng Kan Seng di Mambang Di Awan di sini hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai tular sebuah ciapan dalam media sosial berkaitan sebuah filem yang mendapat dana RM550,000 daripada Finas tetapi kurang mendapat sambutan dengan hanya memperoleh kutipan filem lebih kurang RM5,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya