KPDN atasi aduan tiada bekalan gula dalam tempoh beberapa jam

KPDN atasi aduan tiada bekalan gula dalam tempoh beberapa jam – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan untuk mengatasi aduan kekurangan bekalan gula dalam tempoh hanya beberapa jam selepas aduan dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya komited memastikan tiada pengguna di negara ini berdepan masalah bekalan gula, walaupun mereka menetap di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu katanya, pengguna diminta untuk membuat aduan secara langsung kepada KPDN sekiranya berdepan masalah ketiadaan bekalan produk berkenaan.

“Saya akui kadang-kadang berlaku kekurangan bekalan di beberapa lokasi, sebagai contoh di Johor Bahru, Alor Setar (Kedah) atau Limbang (Sarawak), maka terus buat laporan dan kita akan cuba sediakan bekalan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Tetapi setakat ini, saya masih belum terima sebarang laporan berlaku kekurangan bekalan di Limbang, jadi saya beri jaminan tiada krisis besar (kekurangan bekalan gula) di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Payung Rahmah Bersama Zero Healthcare Sdn. Bhd. di pusat beli belah Paradigm Mall, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Sementara itu, Salahuddin turut memberitahu keputusan kerajaan meluluskan 37 buah syarikat untuk mengimport 285,700 tan metrik bekalan gula putih bukan disebabkan Malaysia berdepan masalah kekurangan bekalan.

Sebaliknya, langkah itu dibuat untuk memenuhi permintaan pasaran industri yang membuat pembelian gula dalam kuantiti 50 kilogram (kg) sepaket. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN