Kanak-kanak tidak pulang kerana takut kena marah ditemukan selamat 

Kanak-kanak tidak pulang kerana takut kena marah ditemukan selamat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang selepas tidak pulang dari Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sebuah sekolah di Shah Alam, dekat sini ditemukan selamat malam tadi.

Kehilangan kanak-kanak itu dipercayai selepas takut dimarahi ibu bapanya kerana berselisih faham dengan rakannya di sekolah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata,  pihak sekolah, pemandu van dan keluarga yang menyedari kehilangan kanak-kanak itu pada pukul 6 petang cuba mencarinya, namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Sri Muda Shah Alam, pada 8.28 malam.

“Pada 8.50 malam, pasukan peronda dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menemukan kanak-kanak berpakaian sukan tersesat di Stesen LRT SS15.

“Semakan oleh anggota di Balai Polis Subang Jaya dengan Balai Polis Sri Muda mendapati ibu bapa kanak-kanak itu baru selesai membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak kanak itu tidak pulang ke rumah berpunca kerana takut dimarahi ibu bapa selepas berlaku perselisihan dengan rakan di sekolah.

Katanya, kanak-kanak itu sudah diserahkan semula kepada ibu bapa dalam keadaan baik pada pukul 9.45 malam.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki ditemukan oleh unit peronda polis (MPV) Subang Jaya malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN