Isu The 1975: Perbuatan sama berlaku di Dubai

Isu The 1975: Perbuatan sama berlaku di Dubai

MOHD. YADZIL YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pihak berwajib perlu lebih cermat sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert kerana tindakan tidak bertanggungjawab dilakukan kumpulan The 1975 bukan kali pertama, kerana hal sama pernah berlaku semasa konsert mereka di Dubai.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, kerajaan perlu tegas dengan mengharamkan mana-mana artis yang mendukung amalan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) daripada membuat konsert di negara ini.

Tegasnya, pihaknya mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kelakuan biadab kumpulan berkenaan yang bukan sahaja menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT, tetapi kemudiannya melakukan perkara terkutuk dalam konsert, Jumaat lalu.

“Hanya selepas kontroversi timbul barulah menteri berkaitan muncul, merupakan perbuatan ‘sudah terhantuk baru tengadah’, walhal ia boleh dicegah dari awal lagi.

“Cukup-cukuplah memberikan mesej yang salah kepada rakyat.

“Sepatutnya kerajaan perlu lebih cermat sebelum meluluskan sebarang penganjuran konsert kerana ini bukan kali pertama The 1975 melakukan perbuatan terkutuk, kerana hal sama berlaku semasa konsert mereka di Dubai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital telah memanggil penganjur Good Vibes Festival 2023 bagi meminta penjelasan selepas The 1975 membuat aksi yang disifatkan biadap dalam konsert berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan turut berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan laporan penuh berkaitan insiden itu.

Persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi melampau di hadapan peminat.

Healy didakwa memegang botol arak ketika berada atas pentas selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.

Vokalis itu juga membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT sebelum bertindak mencium pemain bass, Ross McDonalds di atas pentas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya