Bella dalam proses sesuaikan diri di JB

Bella dalam proses sesuaikan diri di JB

CHE Puan Besar Khaleeda berkongsikan beberapa keping gambar ketika menyantuni Bella dalam satu lawatan tertutup di Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu di Johor Bahru.

Perkembangan itu dikongsikan oleh isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam yang meluangkan masa menyantuni kanak-kanak berusia 13 tahun dalam satu majlis tertutup di sini semalam.

Che Puan Besar Khaleeda bertitah, remaja perempuan itu yang sebelum ini menjadi mangsa dera yang mencetuskan sensasi telah dipindahkan ke daerah ini.

“Pada masa ini, adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini khususnya Exco Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin-Nisa Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor. Allah Berkati Johor,” titah baginda.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan instagram miliknya, Che’ Puan Besar Khaleeda berkongsi beberapa keping gambar ketika meluangkan masa melawat Bella dan rakan-rakannya.

Remaja sindrom down itu sebelum ini mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya ketika berada bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Che’ Puan Khaleeda merupakan antara individu yang lantang memperjuangkan kes penderaan kanak-kanak ke atas insan istimewa seperti Bella yang dianiaya dan diabaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN