Jalaluddin bakal MB Negeri Sembilan? 

Jalaluddin bakal MB Negeri Sembilan? 

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Kenyataan dimuat naik oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mencetuskan spekulasi baharu dalam kemelut politik yang berlaku di negeri itu ketika ini.

Melalui hantaran di akaun Facebook miliknya itu, Shahidan turut menyebut bahawa Jalaluddin dijangka mendapat sokongan UMNO serta menyeru kerjasama seluruh negara atas semangat Muafakat Nasional.

“Tahniah Jalal, MB baharu, PN dijangka sokong UMNO. Harap kerjasama seluruh negara. Hidup Muafakat Nasional,” katanya. 

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada berlaku perubahan besar dalam pentadbiran Negeri Sembilan.

Terdahulu, seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun. 

Jalaluddin dilaporkan berkata, keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN