Bayaran pencen, pencen terbitan libatkan implikasi RM1.3 bilion

Bayaran pencen, pencen terbitan libatkan implikasi RM1.3 bilion

ANWAR Ibrahim bergambar bersama pegawai penguat kuasa ketika hadir pada program Cakna Madani bersama Agensi Penguatkuasa 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pencen dan pencen terbitan untuk pesara kerajaan bagi tempoh enam bulan tahun ini dibayar menggunakan amaun pencen asal membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion,

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah itu sudah dimasukkan dalam peruntukan kewangan kerajaan menerusi Belanjawan 2023 dan tidak membabitkan amaun tambahan.

“Implikasi kewangan RM1.3 bilion, tetapi ini sudah dimasukkan dalam peruntukan kewangan, bukan ada tambahan, kita bayar dengan elaun khas iaitu elaun Madani supaya dia (pesara) tak rugi.

“Apa yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kita bayar elaun Madani pertimbangan atas khidmat mereka sebagai penjawat awam dahulu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di sini, hari ini.

Semalam, Anwar menerusi kenyataan memaklumkan Jemaah Menteri memutuskan pencen dan pencen terbitan untuk pesara kerajaan bagi Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.

Ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Dalam perkembangan berlainan, Anwar memberitahu, beliau akan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk esok.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, potensi kerjasama di antara Tesla dengan Malaysia tidak hanya terhad kepada sektor automotif dan kenderaan elektrik (EV) semata-mata, malah akan turut meliputi sektor lain.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar turut memaklumkan deligasi Hong Kong akan tiba ke negara ini pada minggu depan sekali gus membawa mesej pelaburan secara besar-besaran di Malaysia.

“Sebentar tadi saya ada menemui Richard Lim. Beliau merupakan antara peniaga paling kaya di Hong Kong menunjukkan minat semakin bertambah untuk melabur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya