Bapa meninggal dunia, Siti Nordiana batal hadir ke ABP

Bapa meninggal dunia, Siti Nordiana batal hadir ke ABP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Nordiana membatalkan hasrat untuk hadir ke majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) di Istana Budaya, malam ini, selepas bapanya, Allahyarham Alias Ahmad meninggal dunia, pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Anas Osman yang memaklumkan Siti Nordiana perlu mengendalikan urusan pengebumian arwah bapanya selain urusan mengadakan kenduri tahlil arwah malam ini.

“Ini semua adalah rezeki. Kalau ada rezeki menang, Alhamudlillah. Kalau tiada kita cuba lagi tahun depan.

“Apa yang penting kita sentiasa tawakal dan berserah segala keputusan kepada Allah SWT,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Penyanyi lagu Memori Berkasih itu disenarai pendek sebagai lima calon terbaik bagi kategori Penyanyi Wanita Popular bersama Aina Abdul, Ernie Zakri, Nabila Razali dan Wany Hasrita.

Pada masa sama, Siti Nordiana turut tersenarai bagi Artis Kolaborasi/Duo Popular serta berjaya mengungguli senarai 10 selebriti yang meraih undian tertinggi ABP.

Dalam pada itu, Anas berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga penyanyi itu di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan akibat penyakit tua.

“Arwah sudah uzur dan ada menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi serta beberapa penyakit lain,” katanya.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Felda Sendayan.

Terdahulu, Siti Nordiana turut berkongsikan berita sedih tersebut menerusi Instagram rasminya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN