Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye 

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye 

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat Hakan Fidan di Pulau Pinang. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan di Pulau Pinang, hari ini. 

Dalam perkongsian di Facebooknya, beliau berkata, pertemuan itu membincangkan kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua buah negara.

“Kami juga dapat bertukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk melibatkan umat Islam. 

“Semoga hubungan Malaysia dan Turkiye terus berkembang sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.  

Turkiye adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan keenam import terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada 2022, menurut Wisma Putra, jumlah dagangan Malaysia dengan Turkiye meningkat sebanyak 12.6 peratus kepada RM20.25 bilion (AS$4.62 bilion) dari RM17 bilion (AS$4.10 bilion) pada tahun sebelumnya.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menerima kunjungan rasmi dari Hakan. 

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan itu membincangkan pelbagai isu melibatkan kerjasama di antara kedua-dua buah negara selaras dengan peningkatan taraf hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022.

Katanya, agenda utama perbincangan adalah merangkumi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta sains dan teknologi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN