JOHOR BAHRU: Hadiah keseluruhan berjumlah RM178,500 ditawarkan kepada peserta pertandingan memancing Siri 1 JORAN FEST 2026/2077 yang akandiadakan di Pantai Mesra, Sri Menanti di Muar padaAhad, 3 Mei depan.
Juara pertandingan akan menerima hadiah wang tunai RM40,000. Ini diikuti RM8,000 untuk hadiah naib juara manakala RM5,000 milik pemenang k-3. Pemenang ke-4 hingga ke-50 masing-masing menerima RM500, sementara RM400 tiap satu untuk pemenang ke-51 hingga ke-300.
Suasana bertambah menarik dansengit apabila pertandingan Kategori Ikan Terberat ini menawarkan hadiah sapu bersih. Ini bermakna seorang peserta berpeluang memenangilebih daripada satu daripada 300 hadiahdisediakan.
Penganjur turut menawarkan hadiah khas untuk tangkapanikan pariterberat berjumlah RM2,500. Juara kategori ini bakal menerima hadiah RM1,000, RM500 (ke-2), RM400 (ketiga) serta RM300 (ke-4 dan ke-5). Tiga basikal elektrik pula menanti pemenang cabutan bertuah.
JORAN FEST 2026/2027 dianjurkanoleh Persatuan Pelancongan Eko & Pelancongan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Usahawan Johor Darul Takzim (KPUJDT) dan Persatuan Generasi Memancing Negeri Johor (PGMNJ) bagi memeriahkan sambutan Tahun Melawat Johor 2026 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pertandingan dianjurkan dengan objektif mempromosikan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) khususnya melibatkan destinasidan produk pelancongan pantai kepada pengunjung domestik sertapelancongasing.
Penganjuran JORAN FEST 2026/2027 akan memacu aktiviti ekonomi dan impaknya dapat dirasai oleh komuniti setempat terutama kalangan peniaga makanan, perkhidmatan pelancongandan peniaga kecillain.
Pantai Mesra dipilihsebagai arena pertandingan kerana mempunyai benteng pemecah ombak lebih 2.5 kilometer. Perairannya dihuni pelbagaispesies ikan yang sesuai untuk
dipertandingkan seperti siakap, temerih, malong, sembilang, gelama, belukang, jenahak,kuraudan tilapia laut.
Yuran penyertaan RM130 untuk satu joran. Peserta boleh mendaftar lebih daripada satu joran sekali gus memenangilebih daripada satu hadiah.
Pendaftaran secara online boleh dibuat mulaisekaranghingga 30 April 2026 menerusi: http: bit.ly/DaftarJoranFestMuar2026 dan penganjur menawarkan sehelai kemeja-T percuma.
Kaunter pendaftaran secara fizikal dan pengesahan penyertaan pula dibuka pada 1, 2 dan 3 Mei 2026. Penganjur turut menyediakan polisi perlindungan insurans yang berkaitankecederaan pesertaketika pertandingan.
Sri Menanti akan menjadituan rumah [ertandingan JORAN FEST 2026/2027 sebanyak 10 siri.
Penyertaan pemancing dalam siri Joran Fest 2026/2027 turut membuka peluang mereka memenangi hadiah utama pusingan Grand Slam iaitu sebuah kenderaan Toyota Hilux dansebuah bot “Car Topper ’ untuk naib juara.
Juara Grand Slam yang bakal memandupulang kenderaan pacuan empat roda itu akan ditentukan berdasarkan jumlah ikan terberat terkumpul selepas tamat 10 siri pertandingan yang dijadualkan pada awal Februari 2027. – UTUSAN










