Annuar tidak berhasrat bertanding - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Annuar tidak berhasrat bertanding – Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang (kanan) menerima kunjungan Muhyiddin Yassin di Rusila, Marang, petang tadi. - PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di pada 12 Ogos depan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bekas Setiausaha Agung UMNO itu difahamkan tidak berhasrat bertanding pada PRN ini kerana Annuar lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat.

Menurutnya, nama Annuar sebelum ini berada dalam senarai calon Pas untuk bertanding dalam pilihan raya itu tetapi beliau tidak berminat  bertanding.    

Katanya, nama senarai calon Pas itu juga telah diluluskan Majlis Syura Ulama Pas semalam.

“Majlis Syura Ulama meluluskan semua calon2 yang disenaraikan oleh Pas, tapi beliau (Annuar) tak berhasrat untuk bertanding.

“Kita lebih setuju dia (Annuar) berperanan peringkat nasional, dia tokoh besar bukan peringkat negeri, peringkat lebih besar,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Presiden Pas di Rusila, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau menyerahkan keputusan mengenai kedudukan bekas pemimpin UMNO itu dalam PRN kepada Pas Kelantan.

“Itu (kedudukan Annuar), kita serah kepada (pemimpin) Pas Kelantan,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Annuar berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas untuk menentukan kedudukan dalam PRN di Kelantan.

Pada masa sama, beliau juga tidak kecewa sekiranya tidak dipilih sebagai calon asalkan UMNO tidak menang di negeri itu.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan menerima bekas pemimpin UMNO termasuk bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti berkenaan.

Beliau berkata, penyertaan bekas pemimpin UMNO itu dalam Bersatu pula tidak semestinya  menjadi calon Bersatu.

“Kita sudah berapa kali jumpa bincang tapi nampak dia (Khairy) mengambil sikap macam tak buat keputusan secara muktamad walaupun dia sendiri kata sudah muktamad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya