Pas tetap calonkan Sanusi bertanding PRN - Utusan Malaysia

Pas tetap calonkan Sanusi bertanding PRN

TUAN Ibrahim Tuan Man (tiga dari kanan) bergambar bersama pemimpin dan penyokonhg Pas selepas  ceramah pilihan raya di Gong Bilal, Kuala Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas akan tetap mencalonkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)  pada 12 Ogos ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut telah n dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu petang semalam. 

Menurutnya, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat baru berdepan proses pertuduhan di mahkamah ketika ini dan masih layak untuk bertanding dalam PRN nanti.

“Perbicaraan hanya akan bermula pada Oktober depan, oleh itu, parti telah memutuskan agar beliau (Muhammad Sanusi) dikekalkan sebagai calon pilihan pertama. 

“Setakat ini, tiada syarat diletakkan kepada beliau sebab apa yang kita lihat, pertuduhan itu lebih bersifat kepada usaha untuk menggugat (kepimpinan) beliau. Kita akan lihat bagaimana proses pendakwaan terhadapnya nanti,” katanya. 

Tuan Ibrahim mengulas mengenai perkara tersebut ketika ditemui selepas menghadiri ceramah pilihan raya di Gong Bilal di sini, malam tadi.

Tambahnya, Pas juga sudah mempunyai perancangan rapi  dengan sebarang kemungkinan berhubung keputusan yang akan dibuat mahkamah selepas selesai proses perbicaraan ke atas Muhammad Sanusi. 

“Kita akan tunggu dululah perbicaraan dan keputusan dia nanti. Selepas itu baru parti akan buat keputusan, namun kita memang dah sedia dengan apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku selepas itu.

“Pertuduhan itu pun lebih bersifat usaha untuk menekan. Tapi saya nak kata, beliau dianggap menghina Raja, namun saya berulang kali dengar ucapan itu, tak ada disebut pun (hina) institusi diraja Selangor,” katanya.

Pada Selasa lalu, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional  Kedah dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik, minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya