PADANG BESAR: Bakat seni dalam diri Nur Alia Maisarah Abdullah, 18, tidak disia-siakan remaja itu yang menggunakan masa terluang sebelum menyambung pengajian di universiti September ini dengan menjual hasil lukisannya bagi menjana pendapatan sampingan. Hasil pendapatan tersebut cukup bernilai bagi anak penoreh getah dari Kampung Kubang Perun, Chuping di sini, untuk digunakan bagi membantu menampung perbelanjaan semasa memasuki universiti nanti. Nur Alia yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia…










